Rabu, 28 Disember 2011

DETIK SEBELUM TAHUN BARU

     Sepanjang bulan 12 ni hidup aku pax dengan kerja & persediaan exam . Tambah pula dengan masalah relation yg x akan pernah berpenghujung membuatkan aku berfikir yg aku akan tinggalkan tahun ini dengan saat2 yg menyedihkan je. " oh NO! "


    Malam chrismas eve, aku menerima hadiah2 dr sahabat beragama kristian . Ini lah kelebihan X memilih kawan X mengira bangsa & agama ;)





waktu bukak " OMG ! " the scents of MISS DIOR CHERIE. 





DKNY fresh blossom ( wrong! not my my fav, i in luv with DKNY green apple loh )





Hodoh tp aku suke! unik..





si-gemok bagi .. bla bla bla.. complicated in-relation shIt!




Stiletto red devil baru HADIAH for my self , dpt 40% off diskaun. Yeay!




SALAM TAHUN BARU KAWAN2 . HAVE FUN .. !


P/s > PERINGATAN , jangan masuk toilet pada 31 disember nih, jam 23;59 ini . Kerana anda akan keluar tahun hadapan . hihii ~












Ahad, 27 November 2011

Finatik Politik ( idea from blog RASA HATI )

     Baru baru ini seorang sahabat blogger berkongsi kisah finatik politik  ( <-sila klik ) , kisah benar aku menjadi mangsa finatik PAS yang agak berpangkat . Aku tidak menafikan kepentingan persaingan politik dalam nagara kita . Malah ia adalah postif akibat mereka saling berlumba - lumba mencari kesalahan antara satu sama lain dalam membela nasib rakyat untuk di perbetulkan.

     Aku faham ayah tidak mahu aku bersekolah di sekolah kerajaan. Dia menghabis ribuan ringgit bertahun semata - mata menghantar aku dan along bersekolah swasta . Aku juga tahu sekolah menegah di kuala lumpur adalah sekolah yang paling banyak maslah soSIAL kerana aku sempat merasa 1 1/2 thn menghabiskan SPM walaupun terseksa dengan mogok dan baran ayah . Kerana itu juga aku tidak dapat menyambung form 6 di High School Setapak, ffuck it's suck!!!

2003 , just finish PMR ; -

"igt ayah kau nk sain???" 

nada perli tapi sebenarnye berpesan dengan aku supaya tidak berharap . Walaupon begitu mama berusaha mendapatkan borang kemasukan , tak tahu la mane sumber . . mungkin die g beratur kew . . pergi print melalui internet ke . . setahu aku  borang tu memang susah nak dapat dan mak aku tidak putus asa mendapatkan .
tetapi . . setelah mama isi borg aku selengkap2nye , hanya tinggal sain bapak aku yang belum di isi. 

  "Ayah sain ?"          nak tahu apew die jawab

"JGN HARAP LA AKU NK HANTAR KAU PEGI SANE!!!
"   sambil campak borang2 Sek. Men. Teknik tuh . Lepas tu aku pon tepuk tgn...yeay~











p/s - kat sekolah menengah lah aku dapat gelaran ' shizuka ' sebab aku budak baik . . rajin belajar serta berkongsi note' . .  dan ketua kebersihan ! hehee blushing2x



 

Isnin, 21 November 2011

' aku nk terjun dekat train monorail '

6.00 am - bangun subuh
7.00 am -  mandi & berpakaian seragam sekolah
7.30 am -  sambar karipap ke . . nasi lemak ke . . then salam mak ayah 

" mama ayah , ika pergi dulu ye , assalamualaikum "

" ye la , jawab soalan elok2 taw , baca bismillah..doa penerang hati..hah ni ni mama dah sediakan air yasin dgn pensil jampi ayat Al-Quran , gud luck anak mama mmuach2 " dengar jap bebel mak

" jom ika ayah hantar ? "



9.00 am - mentelaah kali terakhir sebelum ke dewan peperiksaan dengan tenang 


KALAU KORANG SEMUA NAK TAHU INILAH MIMPI AKU WAKTU UMUR 17 . .  :(  BERTAPA BERUNTUNG KORANG SEMUA YANG MERASA PENGALAMAN SEBEGITU . AKU SANGAT CEMBURU !

( u might to know some story here )

Aku berdepan dengan pelbagai ujian selain SPM . Aku tidak berumah ! Aku bertarung seorang diri dengan sakit anemia & kemurungan tahap asbestos ! bukanlah mudah untuk aku menapak tanpa sebarang talian hayat dari insan bernama keluarga . Air mata ' bff ' aku . Yaa aku putus asa , mahu sahaja aku terjun di train Monarail . kekecewaan nih lebih sakit , mana ruang nak guna kepala otak . . 
Aku di sini kerana Allah masih sayangkan aku , hari ini aku lebih kebal menghadapi kekecewaan .

so dear all friends , tak ada masalah yg tak boleh di selesaikan . Life must go on . . mesti boring dengar perkataan tu kan kan . ehemm , kuatkan je langkah tu . Kemanisan tu confirm ade kemudian . Sebab aku dah memilikinya .


p/s - yeay setan dah kalah!

Ahad, 13 November 2011

" it's fucking delicious! "

Nasi Lemak 2.0 ( edisi kt rumah aku jee )

Rumah bujang aku . . mungkin berbeza dengan rumah jantan bujang . Aku punya citarasa yang agak moden . termasuk lah dalam memilih penginap di rumah aku . Salah seorang teman serumah aku adalah seorang pramugari M.A.S , ups! ex pramugari . Berdarah melayu kacukan italiano . Pendapat pertama aku tentang dia ;

budak nih mesti kelass . . nak makan spagethi ( <-- betul ke eja ) ye daak . Jenis tak akan rosakkan kuku dengan mencuci & memasak . WRONG! WRONG! WRONG!  Semua orang pandai masak tapi semua orang belum tentu hebat memasak kan . . .

Nasi lemak si - Tiara Aishah sehebat nama . Sambal dia perrghh ! terbaek wok ! cukup merah cukup rasa pedas - pedas manja . Masalah ketagihan dengan penangan nasi lemak dia bukan aku sorang weyy . Walaupun bukan kegemaran , agak tegar aku keluar mencari nasi lemak setaraf rasa , yang aku jumpa hanyalah sedap dari khabar orang sekeliling . Bukan sesedap untuk halwa aku . Aku selalu berfikir , aku makan nasi lebih atau sambal dia sahaja ? ? ?





Aku pernah ke Sabah 4 bulan . . al-maklumlah mengejar cinta . Diorang ada nasi lemak tapi di panggil nasi kuning . Rasa . . boleey laa ~ Hanya tuhan yang tahu apa rasanya bila tak makan nasi lemak . Sebagai anak Malaysia , aku sanggup tunggu Air-Asia turun airport untuk beli nasi lemak berharga RM 20 + .  Dah dapat . . aku rasa nak melompat seperti kera kena belacan , huhuu !




" hah cam ni lah den raso eyy "

Selasa, 8 November 2011

simpang 23

 23 , yes aku 23 . Baru aku tahu dilemanya . .

" hah yg sorang tu bile lg nak naik pelamin ? " dilema mencari soul mate' walhal calon2 terbaik mencintai aku . Tiada yg sempurna begitu juga aku . Tapi bukankah di cintai lebih baik dari mencintai . . 
Aku bakal sign' dengan YSA sebagai partner . Sebagai wedding planer' yg belum cukup kualiti utuk mencipta nama . Tertekan lah dengan cita2 yang belum tercapai walau di kedudukan yg sangat stabil . 
Cukup dilema mencipta design bilik idaman sedangkan bilik aku cukup2 besar , selesa & sempurna , percutian , money poket , kereta , dress-up' , kawan  bla bla bla . Ape yang X cukup ni putri ? ? ? 
Ya Allah aku bersyukur atas nikmatmu , cumaa aku terlalu takut untuk merempat & berlapar lagi .
Aku terhantuk dengan pelbagai mimpi . Hakikatnya hidup aku kini adalah idaman gadis yg datang dari luar kota . 


Mengapa aku nk berlari sedangkan aku tekan pedal kereta sendiri ( hahaa ) lebih laju lebih kehadapan ? Aku perlu menikmati seadanya dengan senyuman . Maka aku menarik nafas . . hirup secawan teh . . pandang sekeliling & nikmati segala milik atas usaha aku . 


p/s ; aku anak sampah . Jika aku masih tidak berumah , masih tidak berharta & berpelajaran , adakah bapak aku masih akan kutip aku? FUCK-OFF laa . ORANG HANYA DI HORMATI KERANA 2 PERKARA DI DUNIA INI ;
1 - HARTA       2 - PELAJARAN   

Rabu, 12 Oktober 2011

Fav beby dah hilang !

Pernah tak korang menangis kerinduan pada anak kucing?

Orang yang penyayang memang emo sikit . Biasenya aku jaga kucing macam anak aku , kalau sembang aku suka bahasakan diri aku mummy . Dan aku tak suka jaga banyak , walaupun kat rumah aku skrg nih ade 2 ( adult cats) + 3 (beby baru 2 weeks ) pun nk di hantar keluar rumah .

 setakat nih aku dah nangis 5 kali kot pasal fav hilang . . oh beby,kenape la kau hilang ? ? ?






beby Tuah the most beauty aku pernah miliki . Harga diee . . . tak tahu ade orang giler kasi hadiah ni . Jenis persian mix tabby. kaki die pendek , confident , lasak , manja , nakal , pemalas , suke minta simpati , peramah .
Die ni dah pernah jatuh dr ting.3 tau tp alhamdulillah die hidup & cergas selepas beberape minggu. Aku punye nangis lah time tuh berhari - hari lah tengok die terkedek - kedek .
Hurm ~ sekarang nih dah hilang beberape hari . Aku hidup tak tentu arah dah nii . . balik la beby . . . mummy da rindu ~




Mocktel , pelik kan name die. Tuan asal yg beri tak baik tukar2 an . Pembersih . . class . . sopan santun . . kerja die hari2 post ala - ala model gitu jee . Ni jenis maincoon . Pemberian along aku . Aku mula - mula confius' gak lah . . betina ke jantan ke gay ke . . . Rupenye jantan maskulin weyy .Yg paling berjaya aku gemuk kan , puas hati la nk peluk . Tapi hilang tanpa berita pertengahan tahun 2011.



Luna . D blue eyes . Satu - satunya betina yg aku pernah bela & paling pandai mencuit hati & tidak pengotor . Suke kejutkan aku bangun tidur pasal lapar . Bunyi die macam nih " ngaauuuu ngaauuu " hehee nyaring loh . Hilang orang curik , huwaaaa . 2009





1st anak kucing yg pernah aku bela. Jantan ni name die kitty (Bahasa Arab) ,maksud B.M ' kucing saya ' . Nakal sesungguhnye la yg pernah aku bela. Tp die bukan hilang.. bila dah besar die selasa duduk bawah rumah, al-maklum lah pangsapuri ting.7 , ape class ek kitty. Gatal jd hero laa tu . 2008




sub . . sub . . sub . . .


Ahad, 9 Oktober 2011

Marah aku , Luka aku

Definasi luka ? Cer bayangkan pisau tertusuk di hati . Pedih perit jika di tarik . . Malah masih perlu di rawat luka yang berdarah . Masih lagi tinggal parut yang makan bertahun untuk hilang

 .
Jika kebanyakan  normal gf ' kalau di usik perasaan marah level' mendidih tuh , conform mengamuk pecah barang sane sini ! menangis membentak ! menjerit ! atau mungkin cara cool' mereka berbincang untuk perbetulkan  bf ' diorg kan ? Hahaa dah banyak aku usha . Ape pun semuanya adalah ke arah meluahkan rasa tidak puas hati dalam jiwa .





Tetapi aku kalau marah , aku akan mencarut sepuas2 hati ! lepas tuh aku pergi pecahkan kereta dia ! hehee gurau . . itu perangai orang X educated' OK ; )

Jika aku sungguh - sungguh bengang , aku jenis pendiam & termenung . Dan jangan nak bermimpi mendengar sepatah perkataan dari bibir . & ketiga - tiga bf' yang pernah bercitun dengan aku , keliru tertekan mencari punca ++ toca tekan lagi aku untuk bersuara sampai lah aku menangis tersedu ( masih tanpa suara ) . Perlu ke ? Ya memang perlu luah rasa marah . Aku sebenarnya X suka scene' pujuk rayu . . minta maaf berlutut seperti dalam filem ibu mertuaku . . misscall like 100 times'  . . NGARUT!  Jadi lesap dalam percutian adalah jalan terbaik untuk aku tenang & fikirkan jalan penyelesaian bagi hubungan aku . Tidak bagi mereka / my bf' , aku di tuduh X gentle' ! ++ tuduhan nagetif lagi ! Ee . . complicated' nya nak faham aku kenape ? ? ?

Aku tak perlukan bf' yang tak memahami .



Aku anak KL . Tapi aku selalu rase jauh dari rumah ( walau 5 minit je pun nak driving' jumpa mama ) . Itu pun dah cukup sakit . . sakit yang tak pernah aku keluh lagi sejak beberape tahun ini . Jadi jangan semak kan lagi rasa perit aku .






pict time aku lari kat Pontian , Johor last week' .
menangis bagai nak rak dalam bilik yg besar membuatkan aku rase bertambah kecil
tapi aku bernafas dalam angin segar + bersih
& bangun dengan bunyi laut yang memhempas pantai



p/s >   for every minute U are angry, U lose 60 seconds of happiness. by Ralph Waldo Emerson 



ramai yg tertanya apakah yg berlaku dalam hidup aku 2 minggu ni,
nampak sangat mcm lost giler babeng kan.
aku x dpt menulis di sini . kerana nak menjaga pihak2 tertentu.
ape pun, thanks sebab caring. & being silent reader here



Khamis, 29 September 2011

WEDDING OF THE YEAR KE ???

Sekarang nih kan tengah hot cerita wedding of the year Norman Hakim, 35 dengan Memey, 23. Dalam majlis tertutup yang hanya dihadiri 200 org tetamu itu bagi aku tak layak di mahkotakan Wedding of the year thn 2011!



Mereka masuk ke ballroom, Crown Plaza di iringi muzik koir bersama pengapit kacak bergaya Afiq Muiz, Fizz Fairuz, Didi Riyadi, Samuel Rizal mengenakan suit' dan Jelitawan berDress pendek Miera Liyana, Julia Zigler, Fathia serta Eina.. TANPA pelamin? Aku sebenarnye memang menunggu hasil pelamin dari Naz Great Idea decorater tersohor yang terlibat malam itu tampil dengan design gempaknya. Agak mengecewakan dengan penantian dan aku berpendapat majlis seolah-oleh wedding kr*$%^!#+ kan??? New York la sangat, eeyuck....







BEZAKAN SENDIRI R ....




p/s > bukan standard yang kite cari dalam perkahwinan, tapi keredhaan. 






Selasa, 27 September 2011

My BO$$ My HoNEY~

Bukan kisah skandal dgn boss sdn . Aku tak minat dgn lelaki tua lebih 10 thn dr aku . Tapi ape yg berlaku di luar kawalan. Bf mane yg tak nak tengok gf gaji mahal sikit . Maka di offer' lah aku kerja depan mata diorg, kononnye memantau lah. Jelezz tak bertempat lah. kadang terase bosan, kadang seronok. Dah dua kali experience' , dan aku berpendapat ;


+++++


Aku nih agak pendiam dlm suasana baru. Sebagai budak baru mesti kene ayat . .


 "putri, kau lah umpama bulan d paggar bintang . . . kau lah sinaran matahari d waktu pg . . . erk . . straight to d point je lah, nak ajak keluar mlm ni tgk wayang. u ade bf taaak ? "

 "Ade tuh ( sambil menjuih ke arah pintu office si-die ) " hahaa tahu kau mengelabah kena jeling si - die

 Tapi yg dah tahu conform meluat pasal cemburu dah dapat agak

 "si-putri tu dapat layanan baeek punyee , rugi aku tak takel duhulu"

 Tak pon goyang nak cakap dgn aku. Atau d tuduh balaci boss. Ee . . politik betul ! Paling tak suke bila senior sesuka nak tukar syif taw, nak buat mcm mane. . . korg buli aku kan. hurm hurm . .



Bile boss aku cuba bg arahan / kerja khusus, aku pon jawab "baik boss" dgn penuh dedikasi sambil kenyit mata. Bergoncang jiwa die . . Conform lepas tu die pula tak boleh fokus, renyih sensorang. Agak menguji tahap profesionalisme die kan . Percaya lah perkara positif yang die akan lakukan adalah datang on - time' .


Kesilapan dlm kerja biase berlaku. Die mesti berbelah bg 'kalau tak marah ni, aku yg kene marah dgn bos besar' . Time nih la aku nak buat muke cute' ala2 si-pussy & D boot dlm cerite shreek minta simpati. Kalau tak boleh pakai trick' nih, u marah i . . u tunggu lah time balik. Waah! da rase cam ala2 pergaduhan time sekolah dulu2  " kalau berani jom r depan pagar "

Time rehat kami agak rajin nak makan sesame tapi akibatnye, kalau die tak pergi makan sebab busy. . . dgn aku2 sekali tak selera gak nak pergi . Terdetik lah bertapa terharunye melihat kerajinan serta wawasan die , insaf aku jadi awek garang . Eh, ye ke garang . Mane ade!


+++++

Paling penting dalam tengah berkerja adalah control mood' . Lebih2 lagi bile aku berkerja dalam line' PR  .Tengah gaduh ke . . komunikasi masih disiplin , fail2 atau cash flow ke mesti sampai atas meja bos aku, siap note ' i'll kill you b' , Yg Benar  ~  ( budak kecik )




2008 Front Office line




kejap je kan rambut dah panjang - 2010 - Wedding & Events Management


Ahad, 25 September 2011

Sudah sudah lah . .





terlalu luka 








WO HEN LAY WO MEY YO LIK
( ckp melayu x faham , nih aku ckp mandarin plak )


.

Khamis, 22 September 2011

THE PROPOSAL by LHMEDIA.TV ( Nabil & Zira )

Semua org tahu , raja lawak2 Si Telinga Capang ; Nabil akan mejadi raja sehari.
Majlis Resepsi pada 2 oktober bertempat di I-city Shah Alam.
Lawa bakal bini die nih si- Zirah Ayob , kulit cantik putih tulus bagai telur di kupas
sekali jeling cam iras Tiz Zakiah pon ade die nih ( ke i je yg pikir mcm tuh )
Kad kahwin die pon dah siap di cetak  oleh kadlestari.com , class u!

Jom layan Short Story ni. Oleh Sahabat sebaris dlm bidang i ,
LHMEDIA.TV Lukman Hakim ; Congrats u all good jobs!

TITLE ; The Proposal ( kisah benar katenyee )



6 minutes yg . . .
soo sweet~


Semoga Bahagia ye Nabil , yg lepas tu lepas la .

P/S > Lamaran nih sesuatu yg magic. Yang akan di kenang oleh seorang isteri sampai bile2 ( kalau kekal insyallah ) . So, cara anda macam mane?

Isnin, 19 September 2011

Kasih - kekasih berpanjangan ( dr hati seorang gugurl )



Penampilan penting sangat, kebanyakan gugurl agak respond' dengan penampilan yg positif. Bukan dari segi dress-up je tp perangai pun gugurl mark' . X perlu jadi hipokrit berlakun menjadi seseorang yg die akan jatuh cinta, macam mane lah gugurl nak kenal lebih dalam tentang boboy. X salah selit kan sedikit lawak bodoh dlm chating. Makin kenal makin cinta . Sebaliknya kalau dah sesuai, gugurl confident' selalu ; it mix' and match' ok.

Luahkan rasa hati harian boboy terhadap gugurl. SMS gugurl " selamat pagi cinta . . " atau boboy nak budget' taik idung masin sangat ; lawat laman FB gugurl ke . . MYSPACE ke . . ( yg itu confirm' boboy memang bgth 1 dunia ) gugurl mesti proud' . Pujian sangat mudah melakar senyuman. " gugurl canteeq sgt hari ni " tp jangan lah sampai melambung . . takut rimas si-gugurl atau takut tambah ego lak nanti. Kalau boboy hari2 hantar pergi kerja, bila naik kereta pakaikan gugurl sitbelt' , kan comel cara tu untuk bgth ' boboy cariiing sgt gugurl ' .

( puji incik ikar sebab siap bukakan pintu kereta untuk i lg time ajak keluar 1st time, gentleman wey. Tp die bukan bf i loh . . )

Cara komunikasi, gugurl' tengah cerita pasal die tertelan cicak dalam tin coke, boboy pergi buat mende lain buat ape? atau pun boboy X pandang mata seolah2 X endah. Gugurl akan rase kehadiranya X di perlukan. Ape korg ckp??? alasan dosa X boleh bertentang mata, Wak luu! Selagi bercakap tiada nada atau pun pandangan bernafsu, selagi itu lah syariat ( islam ) kite membenarkan ye boboiboy. Nama pun tengah meluangkan masa dengan gugurl . . beri lah perhatian . . Walaupun X minat nak dengar cerita cicak tuh hidup balik selepas gugurl batukkan .

Teknik mengeksperasikan hati korg melalui lagu2 jiwang bawang dedikasi buat gugurl agak 'famous amor' gak lah di kalangan boboy, mungkin gugurl yg agak cepat tersentuh insyallah lentok r . . . silap hari bulan ( kalau X ade jodoh ; minta jauh ) akan datang lepas gugurl korg kawen dengan orang lain pon diorg ingat kat korg bile dengar balik, walau anak dah 1. Tp bg aku kebanyakan playboy yg X hebat suke gune care ni, senang, mudah & cepat. No no no yee noty boy! boooring . .

Hadiah, bunga bende yg paling commence' , X salah kot kalau korg nak kena buat kajian tentang jenis & maksud warna2nya. Detail kan kat gugurl ( walaupun boboy hanyalah bellman' kat hotel Shah Alam ) Baru lah nampak korg nih work hard' dalam hubungan.
Antara lain adalah benda2 kiut-miut macan hello kitty' down town' , percutian & yg bersinar seperti emas ( X kan nk tunggu time bertunang kot baru bg an? X romantik loh. Pasal adat mewajibkan perkara tersebut, so nak atau X, boboy mmg akan beri. hurm . . . no suprise ) . Tapi hadiah bergantung kepada jenis gugurl. kalau gugurl minat kereta, boboy kasi lah tayar Good Year' kew . .
Gugurl akan rase dirinye sangat bernilai dalam hidup boboy. Care nih care paling mudah boboy yg busy nk pikat gugurl taw. Hati2 playgurl lak perangai die ; lg korang bagi lagi mahal price tag' diorang . . lg banyak diorang minta . Boboi2 sumer TAKE NOTE > kalau korg rase si-gugurl tu worth-it , baru spent ok.

Hati gugurl sangat lembut, mudah merasa kasih sayang walaupun gugurl tu berperwatakan keras. Boboy dah memang cukup tulus . . ikhlas . . berusaha menyayangi sepenuh hati si-gugurl ni, dengan restu tuhan, korang conform' gemok! eh silap, conform' bersatu punye lah. Doa banyak2 k.

p/s > pict di atas tuh bukan ape2 ye.. aku & ex di pasangkan menjadi pengapit member kitorg. Mula lah mengulit kenangan. Di atas katil pengantin? urm? hehee

Rabu, 14 September 2011

Dear Perry

Dear perry,

I remember when you talk to me smell cigarette, when you working hard sexy, when you left flowers infront my door some morning . . .
then
I remember when i was going to leave u, u told me how u really feel about. If only i could turn back the hands of time i would have never let them(your family) upset me like this. People get into marriages for various reasons . . tradition, religion, family values, money etc ( bacause Malaysian ). From the beginning i know that we don't have much way. I'm sorry to keep you waiting 5 years ( i was young when i meet you ) because I do love you and want us so much.

I'ts most unforgettable memories dear. And now you are getting married, i wishes you have a very happy family as you wish.

  - 2008 - precious moment - had perry , my bes fren bryan (  spect ) & my 1st car



cant stop singing ur song

Alone . . i am cool. No, i am not. I wanna move-on, finding my 2nd best ( my future husband ofcourse ).



p/s - i know u read, i just want u to know . . . You the best i never knew i had. DONE

Selasa, 6 September 2011

Makan2 & Raye

   Hai all ~ Happy Merdeka Day to all my Malaysian friends & EID to my muslim friends yaa . . . Best X cuti panjang ? mesti perut penuh since' raya kan kan kan. same r kite! Cer citer menu2 famous' yg korang dah lantak.


"Assalamualaikum . . . kami datang nk rayee" jerit semangat tuh.


   Makan2 punye cerite...Aku X makan seafood sebab elergi yg di warisi, X makan kuih2 melayu yg lembik2 lg memualkan, X makan mende2 busuk selain laksa. X makan daging X kire lembu ke kambing pasal kecil2 dulu aku rase kesian tengok lembu di tumbangkan ( hah yang nih aku cuba nak ingat siape yg momok2 kan aku " haram makan kalau kesian " , tension' tul da jadi habit' hingga kini! )
X kisah sangat kalau kulit naik bintat sebab ia bukan penyakit berjangkit tapi . . Penat sangat bile perut memuntahkan makanan. So . . ade rase X best la keluar beraya dgn kawan2 .


" sorry putri X makan rendang daging . . . "

kelam kabut tuan rumah cari hidangan yang aku akan jamah . Serba salah nyee hati nih setiap kali bertandang kat rumah saudara & taulan. Sebenarnye aku nih dah agak penat nak bagitahu semua org. . . u i x minum kopi & nescafe, u i x telan tuh ini.. argh. . . aku lebih rela X nak makan ape2 dari mabuk perut bergelora. kalau aku tension ape ntah orang lain nih.
yg X memahami nih mesti anggap aku ni terlalu cerewet! ngada2! kate org melaka . . .

 ' banyak kau punye cekadak ? ' 
mesti makcik tuh rase nak petik je daun bunga raye serta lalang belakang rumah gaul ngan mayonis & sambal belacan mengantikan thousand island' , hambek kau punye caeser salad ye tuan puteri. . .

   Aku bukan poyo2 hanye makan sayuran, buahan, nasi & sup2 sahaja, dah memang dari kecil lagi aku memang makan sikit je 1 hari. Tu pasal X besar2 kot. . . mama aku lupe nak pegang rotan kat meja makan. 

Korang ingat aku syok sangat makan salad mcm kambing???
Korang ingat aku X teringin ke nk explore makanan melayu???
ni pict thn lepas

"dengan ini saya berazam akan makan nasi lemak berlaukan petai serta tempe, dan juga saya akan cuba makan nasi selama seminggu berturut-turut tahun ini! " AMIN.

Rabu, 17 Ogos 2011

i love dais!


       Perunding Perkahwinan kini memang tidak asing lagi kepada masyarakat Malaysia, baik golongan elit mahupon sederhana. Ia memudahkan perancangan perkahwinan supaya lebih teratur. Semakin hari semakin banyak perunding perkahwinan yg di pelopori oleh kaum adam. Nama2 besar spt 'Nas Great Idea' , Pak Abu , Dato' Shahreza & ramai lg yg telah menarik perhatian aku, Terpanggil memuji design' pelamin2 mereka.


 French Palaise Theme by Nas Great Idea -Wedding Anak Tan Sri Jojo .Tinggi kerusi pengantin 12 ft'.

 by Pak Abu & Razak. Wedding anak tauke NAZA. Dengar khabar pelamin ini menelan belanje hampir half milion. Fuh!kaye sungguh..


English Modern Vintage.Congrat to the bride Ash & Ann atas hasil idea pelamin sdn & team work Mahligai Kreatif. Soo cute!


 Medallion Of Kerawang by Amir Firdaus from YSA Wedding. Single arm bride chair, Cun!


1 more collecttion from YSA Wedding. Unik, Elegant, Classy!

"Kalau aku yg kahwin, aku nk buat pelamin dgn tangan sdn. Save budget, puas hati"
n . . kalau nak aku yg buat untuk korang, 03 - 87311899 atau fb YSA Wedding .


p/s - Ukur baju di badan sendiri. pilih company yg branding / ade name supaya anda tidak tertipu oleh wedding planer palsu yaa . .
  . 

Rabu, 10 Ogos 2011

Mencari CiNT@

   Bukanlah menjadi suatu kebanggaan meninggalkan lelaki yg mencintai aku, tapi menjadi 1 dilema untuk aku meneruskan perjalanan hidup ini. Sedih yg bertakung dalam jiwa mereka adalah seperti 1 dosa buat aku. Maafkan aku, Fahamilah yg aku masih memburu 'mr.right', tp ternyata kau gagal setelah aku beri peluang. Memang tiada manusia yg perfect', seperti aku jua. Tapi yg aku cari, sekadar pelengkap hidup hingga hujung nafas ini.



  Aku masih teringat saat2 aku jatuh cinta. Terasa sejuk d jiwa walaupon tengah berjalan di bawah panas terik matahari. Senyum pula sampai ke malam. Dan kadang2 tengah tidur pon masih berseri. Aku melangkah hari demi hari ke awang2an biar jauh sudah kaki menapak dgn high heel' 5 inci. Aku tidak ingin berjauhan dgn telifon bimbit, menunggu si-die memanggil (mesej pon jadi lah . . . ), kalau boleh nak melompat setingginye. Angau X hengat tp hide' it,Put some price tag'!

   Hari bertemu si-die hari yg aku tunggu. Maka muncul muncul lah koleksi baju2 baru dengan warna musim terbaru dalam almariku. Make-up' ? x perlu la. Aku ingin die melihat natural' diri aku. Apabila si-die memuji, aku senyum merah. Makan ala2 pengantin walhal rase nk bersila je. Bersembang dengan penuh hikmah, takut terkeluar perkataan salah (eh, ni bukan aku) . Bukan niat menjadi hipokrit, sesiapa pun akan tengelam dalam bunga2 cinta.



   Tapi hari ini, dating' demi dating' masih X bertemu CiNT@ . Aku X pernah peduli walau di bawa makan kedai mamak tepi jalan. Walau bukan putera raja ( baru je tolak kerabat johor, semak sgt byk ayat ). Atau belikan rantai rm10. Aku X minta bunga & teddy setiap hari. Bukan itu punca aku menolak berkali. Kalau ikhlas, aku gembira. Cuma aku X rase gelombangnye

" ey putri,kau igt kau tuh lawa sgt kew.."

"lawa sket la dr berok kt hutan.."

 Aku X mahu di gelar disparate' utk mencari kekasih baru. Adakah cinta sejati datang sekali dalam hidup? AKU RiNDU. . . Aku bersedia untuk jatuh cinta lg. . .
me without make-up

p/s -cinta sesame insan adalah langkah mendekati cinta dia yg maha mencintai

Rabu, 3 Ogos 2011

IDOL



    Mama adalah satu2 nye manusia yg paling aku rapat. Walaupon aku di besarkan oleh nanny', sifat workoholic' x pernah menghalang die untuk menjadi seorang sahabat yg sempurna utk aku. Biar pon die x pandai masak sgt, mengemas & kerja2 perempuan lain seperti ibu korang, aku bangga. Lebih2 lg bile tgk die beruniform smart, berkawat tanpa mempeduli kesan 'sunburn', serta lasak ( urm.. dari sini la kot dtg nye prangai tegas aku, ). Siape ade bran nk jumpe ?

    Dalam perjalanan pulang dr rumah mak.tam , Aku merenung sebuah kereta Mers mata belalang dr dlm kereta mama ( kancil ) , terpacul kata

" besnye klu kite naik kete tu kan.. " ( rsenye melukakan ht mama, tp die tetap senyum )
" ika.. dengar sini. Kite kene bersyukur, cuba tgk org berjalan kaki tu, rase2 ape yg mereka fikir apabila melihat kamu ???
Ee.. beruntungnye klu aku ade motor, asalkan aku x penat berjalan kaki.. menunggu bas atau teksi. 
Ape kata si-penungang moto pula ? 
Macam bes je klu aku ade kereta kan ? kancil pon jadi lah.. yg penting aku X kena terik panas matahari & basah pabila hujan .. 
Ape kate si pemandu kereta?
Seperti kamu la ! Besnyee.. dapat naik mers mata belalang. FAHAM ? "

Mama memberi nasihat tanpa kesimpulan pd budak umur 10 thn , terfikir2 ape lah yg mama ingin katakan ....

ika ( 23 ) ; BIAR SIKIT, TAPI CUKUP. JGN BANYAK, MAKIN X CUKUP.

mama.. i miss u ...




Ahad, 31 Julai 2011

MALAM RAMADHAN di market

     Ramadhan datang lagi. Jika si-setan merungut, malaikat pula menangis bersyukur kerinduan terjawab akan berlabuhnya bulan penuh rahmat ini. Buat sahabat2 ku, pilih lah contoh anda. ( Gila betul semalam masih ade yg mengajak aku join pergi clubing,rase nk pijak2 je! Hei.. ) 
"Sorry la wey, aku X dek mood dah nk pergi tempat2 mcm tuh, have fun yup, ade mamat kiut kirim salam je la" ( lakunan budget manners aku )
BUKAN MALAM MINGGU YG LEPAS AKU NAK CERITA. ABAIKAN.....
----------------------------------------------------------------------------------------------

    Dah buang 30 minit nak masuk simpang ke market' nih, Maklum lah besok puasa. Kalau dapur x berasap nak sahur ape. Nasib la aku bawa adik lelaki.. senang double park'. tukar driver, suruh die tunggu parking.
 Aku memang dah boleh agak, memang ramai orang petang nih di sini. Bila masuk


 " Ya Allah...nk jalan pon susah ni " potong mood nak masak ayam kurma besok

sesaknya aku nk bawa troli sampai jem X bergerak. Untuk mempermudahkan pergerakan terpaksa lah meninggalkan troli di 1 sudut.


 " Woi2.. beri laluan, org lain pon nk beli beras " jerit sorang brother' yg agak  hilang sabar.

Mahu X nye, bahagian market' basah lansung  X nampak pintu.. jd aku pon decide' ambil ape yg sempat untuk esok sahaja. Lega???blom lagi....
    Di kaunter pembayaran, garu kepala. Umat islam lain sedang mengejar terawih per-1 malam Ramadhan di masjid, manakala aku di sini mengejar turn' bayar bill barangan. Rase nk patah kaki berdiri 1 jam. Sesampai di rumah je dah jam 9 lebih, hampa, mandi & solat wajib je lah kat rumah.

   
keadaan di kaunter tadi!


...tgh check phone...
baru terima msg Mama " Selamat Berpuasa, Jgn tinggal solat n tutup aurat, klu X, X dpt ape2 k...." n sahabat yg lain, jgn wish je ek hihii... terime kasih. Assalamualaikum & Salam Ramadhan.

Jumaat, 29 Julai 2011

Awalan (live in k.l)

   Ingin aku berkongsi sejauh mane aku melalui liku2 kejatuhan yg mungkin korg sdn pernah alami. K.L...biase lah. Korang klu x kerja, korang ingat korg boleh ade rumah? ade org nk bg mkn? Huh jgn harap la melainkan  "u r born with silver spoon(beruntungnye)"

   RUMAHKU SYURGAKU . Jika perlindungan seorang anak dara paling selamat adalah di rumah ibubapanya, tetapi bagi aku ketenangan yg seharusnya milik aku menjadi 1 truma. Aku membawa hati yg sakit diiringgi doa ibuku yg tidak pernah putus buat aku beratapkan langit berlantaikan bumi yg luas. Sementara aku meraba mencari atap baru untuk aku berteduh, rumah Allah lah yg pling selamat untuk aku menumpang mlm.Itu pon dlm pkul 2pg,aku terpaksa menyorok di dalam toilet krn kariah bertugas membuat pemeriksaan keliling. Aku sangat stress sehingga aku menghidapi anemia yg menyebabkan kdg2 aku X dapat bernafas dengan sempurna lalu pengsan tanpa jemaah lain sedari,mungkin mereka menganggap aku tidur sebentar menunggu azan solat seterusnya. "kalau lah ayah tahu ape yg ika lalui..." Dendam?tidak.Sebaliknya aku berazam untuk pulang dengan kejayaan.Mungkin sebab itu aku masih lg tidak pernah kembali dalam halamanya.
   

DUIT IBARAT AIR. Bill 2008-Sewa rumah rm250. Makan rm400. Entertainment rm100. Top-up rm30 seminggu(keperluan ke tu?) Lain2 rm300 . Duit untuk mama(awal bulan bagi..tengah bulan minta balik) Aku jenis tidak putus mencari duit.Malah aku benci bergantung kepada lelaki seperti wanita hari ini. Aku jatuh bila aku jatuh cinta.


Perry. Chinese Sabahan mix philipines. U got everything to love. I'm sorry, 5 years is not nothing for me. i leave u a month before we get engage bcoz i just know i'm not ready to be with u forever.


Tahun ke-3 perhubungan,Pery jatuh cinta dengan seorang 'perempuan' berjaya umur mereka sebaya.Jarak kami 7 tahun.Di mana aku nak membawak watak matured' & title' besar dalam umur 19 utk bersaing dengan dia???

"mama nk kereta gak besok,x peduli.."rengek aku
Besok juga mama order' viva(kereta per-1 aku),janji aku byr bulanan.Memiliki kereta,musuh pon boleh jadi kawan. Sebenarnya ia 1 bebanan yg aku sebenarnya tidak pernah tahu aku tidak mampu.Seminggu selepas aku memilikinya ;
"tak ada duit nk isi minyak?ok jumpe ma sok"(mmg semudah ini klu minta ma tlg,bETUul..) 
Fuh!kad kredit! Aku mula mengunakan kuasa dalam dendam untuk memiliki si-dia.Ya,aku menang.
Tapi akhirnya terduduk gak nk menjelaskan segala bil. Maggi pecah 4,1 bahagian 1 hari. Kereta?Siapa boleh tolong isi minyak dia boleh aku tumpangkan. Hanya tuhan yg tahu bila semua aku terpaksa catu.


i just love to be me. i wish

   Peluang PEKERJAAN mana pon aku tidak boleh tolak selagi ia mampu memenuhi keperluan.Permulaan aku hanyalah seorang waitress' part time'.Then promoter..da boring sikit aku join exec line. Tahun 2008,aku di berhentikan akibat syarikat(Firm Company,Sunway) ingin mengurangkan kos perbelanjaan. Banyak syarikat lain juga memberhentikan pengambilan pekerja.Dalam aku mengaga peluang,hanya ada 1 tempat. Aku lebih tercondong  memilih peluang pekerjaan berpersekitan agak glamorous untuk mendapat lebih duit poket.Wal hal aku make-up pun fail.Biasa lah tomboy..Aku dilema 2 identiti,tidak ada seorang gurl' friend membantu kerana aku di kelilingi sahabat terdiri dari lelaki, my counter.strike.mate' di C.C saban malam.ARGHhh..tension!!!




p/s > tetibe teringat kt lagu ni 
http://www.youtube.com/watch?v=cfe89zxqHeE
perry & me sang this song together with my guitar.hurm...






Rabu, 27 Julai 2011

PARTY..

    Dulu  aku  suke  party2  nih . .  ckp  jew  kt  mane . Jln Doraisamy . . Changkat . . Rootz . . B.B . . Jln P.Ramlee . . . .  Jln Ipoh  pon  aku  pergi . Zaman  dah  berlalu . . Mungkin  kerana  sahabat  datang  &  pergi . Aku  sentiasa  d  temani  Amer , kini  dalam  proses  kembali  serta  taat  pd  perintah  ilahi . Alhamdulillah . Dah  sampai  seru  die  berubah  selepas  tgk  kwn  paling  baik  die  kawin . Sejak  aku  sambung  study nih , hidup  aku  lebih  tersusun  &  bermatlamat .

     "Malam ni kite p@rTy beb!!!"

   Ape  yg  OBSES nye  mengenali  dunia  clubbing ? ? ?  All  gurlz  berlumba  make-up . . dress-up  siapa  yg  paling  sexy , cun , gempak . Enjoy  start  bile  music  khayal  menusuk  halwa  pendengaran . Drink  like hell , bila  dah  sampai  tahap  max , mulalah  perlanggaran  perselihan  antara  1  sama  lain . Kdg2  sahabat  budget  sehidup  semati  pon  bercerai apatah  lg  couple  yg  bak  merpati 2  sejoli . Tidak  d  nafikan  ade  yg  bertemu  jodoh  d  tempat  sebegini . Bertemu  rakan2  baru  setaraf  dgn  care  pemikiran  mereka . Ada  yg  menyandar  kepuasan  dgn  dadah , aku  sendiri  takut  untuk  mengenali  jenis  serta  actionnye . Cuci  mata  usha  mamat  5  stars  as  hobby & berekperimentasi . Dance  on  d  floor ,  X  pon  atas  bar . Gilanye , bile  ade  competition , al-kisah  'cemburu'  berdrama  dr  pelbagai  sudut  cerita .

      "kalau kau gagal menepis,kau rosak"  Mengapa mereka di sini?

     Masing2  punye  cerita  duka . Kesunyian , ketakutan , kekecewaan , kemashuran & tekanan . Aku  x  pernah  memandang  mereka  dr  sudut  negative  seperti  masyarakat  lain  yg  terus  menghukum  melebelkan  mereka  sebagai  jalang , sebalik  aku  cuba  mendekati  kisah2  mereka , kerana  aku  juga  punye  kisah  ' Pains  without  killer ' .


p/s -BELIA BENCI DADAH !

Selasa, 26 Julai 2011

CiNT@


Aku belajar ia tanpa aku tahu apa maksudnye,tanpa aku tahu selok beloknye..

 Tanpa ada rasa bimbang tentang d heret En.Polis utk memberikan keterangan d balai ttg kes dera oleh ayah,aku melangkah ke sekolah utk menghabiskan SPM.Selain itu aku juga masih berkerja sbg waitress d Dewan Felda Semarak.Siapa yg jangka wajah yg ceria ini tersimpan tekanan,trauma aku pd kekuatan lelaki menjadikan aku benci utk memberi peluang kpd sesiapa utk mendekati.

Muncul dia sbg teman gaduh mulut.Watak yg matang dgn wajah yg tulus & berbidang besar bukan tarikan utk aku berlembut spt wanita lain yg pantang nampak die lalu.plz...


'Cinta ku mOnyet'

Selepas SPM,
"ika,waktu pertengahan raya nih,ada jobs kat Dewan Putrajaya untuk 3 hari tau"  "oh ye ke,payment baik aku nak! siapa yg pergi lg?"bisik ht aku.
Jeng3x 'DIA???' eeee...x suka! hahahaa..Di situ r mula detik2 aku d sakat,d perli & d buli.1 mlm,'dia' bg bunga.

"BUNGA???,ni mesti kau petik kt pelamin td kan?hahaa aku dah agak dah.anyway,trimas." 

Sekeras2x ego nih,hati mana yg x cair.Kau la kawan kau la kekasih.Terasa ikhlas & jujur cinta dr hati,berserah kpd Allah 100% ttg impian kami & harapan.Tp syg hubungan x tahan lama,sebab 'dia' muda 2 thn(luaran memang x nampak die muda,matured gle!),alasan putus

"aku syg kau,tp aku nk fokus study.Kau yg da habis,teruskan hidup"

 Episod kenal erti "FRUST" berlaku ke atas aku dgn dashat.Memang menangis dlm hujan,basah sebasahnye..Baru aku tahu macam mane rase hati remuk pecah berderai bersepah..

Tiba besok dpn rumah aku

"aku main2 semalam,aku minta maaf" dgn rose putih 'dia' & muka sedih 'dia'
... 1 malam aku x boleh tidur lena?Bergenang rasa kecewa?separuh hati dendam memikirkan ape kesilapan aku!Dan2 kau kata kau main???
"Boleh blah r kau!!"eh...silap.......
ups,sorry.No more episod CINTA MONYET dah wey.Silakan...JD SAHABAT AKU yaa?yup,till now.

L@NGK@H

   Beby mane yang keluar je dari perut ibu die tahu melangkah.Kalau ade pon mashallah..mesti dengan izin kuasa nye.Ini langkah aku mendekati dunia blogger yang kian popular di kalangan sahabat2 maya.

  X semua perkara kite mampu berkongsi dengan sahabat baik.Sakitnye menelan kepahitan masa lampau,walau ape pon selepas ahad mesti isnin kan? bermaksud jalan berduri atau berkaca aku masih perlu gagah melangkah.Mungkin di sini ruang aku mencoret rintitan kisah serta menconteng sedikit lukisan hidup yang berlaku.

  Kenape aku pilih name "CERITERA ANAK SAMPAH",kerana itu lah diri aku.Bukan aku ni anak luar nikah ke ape ye..tp hidup di KL selepas keluar melangkah dari rumah mak bapak aku ibarat aku berlari melawan deras arus kota besar metropolitan tanpa talian hayat.SAMPAH atau HADIAH?argh..same je!Yang penting korang tahu bagaimane nk gune je,,ia BOLEH jadi bernilai dalam hidup korang.kan?kan?